Monday, October 7, 2019

BBM3410Satu2019 : ULASAN BAB 6 DI DALAM KELAS BAHASA


BLOG DI DALAM KELAS BAHASA

Terdapat 5 elemen untuk ulasan secara ringkas pada bab 6 di dalam buku Eh!!! Media Sosial hasil tulisan Noraein Mansor dan Normaliza Abd Rahim. Bab 6 yang bertajuk Blog Di Dalam Kelas Bahasa ini membincangkan mengenai pengenalan, kajian tentang blog, metodologi, keputusan dan perbincangan serta kesimpulan kajian.

Pengenalan memperjelaskan definisi blog yang menjadi satu medium perbicangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 2014). Blog boleh dimanfaatkan kepada kegunaan peribadi, perniagaan dan pengiklanan. Blog lebih mesra pelanggan dan senang untuk diuruskan kerana tetapannya boleh diubahsuai mengikut keselesaan pemilik blog. Contohnya, jika penulis blog membuat blog untuk tatapan umum maka, boleh diletakkan komen agar pos boleh dikritik oleh pembaca lain untuk menambahbaikan. Begitu juga sekiranya blog untuk kegunaan peribadi maka hanya orang diingini sahaja untuk dijemput membaca pos.

Kajian dibuat mengenai blog menunjukkan blog ini menjadi medium dialog antara penulis dan pembaca, pembaca dengan pembaca lain dan penulis blog dengan penuis blog lain. Penggunaan Bahasa paling ketara untuk penulisan blog. Tidak semestinya perlu formal kerana tidak formal dan santai lebih menarik minat pembaca untuk terus membaca. Pembawakan yang variasi dalam penulisan membantu untuk meningkatkan kreativiti, keyakinan dan kemahiran menulis. Namun ini mestilah berlandaskan cara penulisan blog yang baik seperti elemen untuk tajuk, jalan cerita, struktur ayat, hujah, komunikasi dengan pembaca, moral dan nilai estetika serta berilmu dengan penulisan yang dibuat. Kajian dalam bab ini dijalankan menggunakan metodologi sampel kajian dengan menemubual yang berpengalaman dengan penulisan blog.

Keputusan kajian menunjukkan blog membantu pelajar Korea untuk mempelajari kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan teknologi. Kesusasteraan menyentuh nilai estetika dalam bahasa dan boleh meningkatkan motivasi diri kerana susunan kata yang romantik, lucu dan mempunyai maksud yang tersirat namun disampaikan secara halus. Blog juga dapat memudahkan negara luar untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dengan penulisan surat, meluahkan perasaan dan teka-teki. Manakala, pembelajaran teknologi dalam blog akan menjadi lebih menarik dengan dipelbagaikan melalui video, audio dan gambar. Para yang melawati blog juga tidak berasa bosan dengan hanya membaca tetapi boleh mendengar audio, menonton video dan melihat gambar.

No comments:

Post a Comment

ANAK TIDAK MENURUT KATA. BAGAIMANA?

Pendidikan awal anak adalah tanggungjawab ibu bapa dari rumah. Mendidik bukan menunggu mereka besar. Sewajarnya dari mereka dalam perut lagi...