Sunday, April 12, 2020

ANAK TIDAK MENURUT KATA. BAGAIMANA?

Pendidikan awal anak adalah tanggungjawab ibu bapa dari rumah. Mendidik bukan menunggu mereka besar. Sewajarnya dari mereka dalam perut lagi. Bagaimana amalan tuntutan agama ibu bapa ketika anak masih dalam rahim.

Bagaimana disiplin ibu bapa mencorakkan anaknya begitulah sifatnya.

Disiplin bukan hanya kita inginkan terbentuk pada anak. Diri ibu bapa perlu juga dahulu mendisiplinkan diri.

Usah lagi berada di belakang. Dengan berkata "aku ini ibu bapa tiada ilmu agama. Cukup saja kamu berilmu agama"
Tidak!

Begitu juga, meletakkan tanggungjawab mendidik pada orang lain. Contoh?
Guru, saudara lain, keluarga lain, kakak, abang. Ya mungkin ada yang dengar. Tapi pada masa yang sama akan terjadi juga dia tidak ingin menurut kata orang tersebut dan menjadi BOSAN serta MEMBERONTAK.

Kemudian, mulalah ibu bapa akan mempersalahkan orang sekelilingnya. Siapa dipersalahkan? Guru yang tidak pandai mengajar. Abang, kakak terlalu mengekang itu ini tidak boleh, mulut ahli keluarga yang bertutur tidak menentu menjadi doa. Golongan-golongan itu akan dipersalahkan.

Seharusnya sebelum menunding jari kita muhasabah dahulu pada diri.
Menyuruh  sesuatu kebaikan kepada anak tapi pada masa yang sama kita tidak membuat apa yang mulut tuturkan.

Dengan cara tersebut membentuk keluarga yang sempurna  tidak akan berlaku. Tidak berlaku jika hanya satu pihak bergerak. Tidak akan. TAPI jika masing-masing memainkan peranan pasti akan menuju ke arah keluarga yang mukmin.

Bukan mudah. Tapi bukan susah. Sekiranya masing-masing turut sama bersedia ke arah perubahan. Tidak mustahil akan membentuk keluarga mukmin.

Jangan mengeluh jika apa yang kita katakan tidak diimpi seperti yang diinginkan. Kerana itu lumrah kehidupan. Apa boleh anda buat? Cari ilmu agama. Terus baiki diri. Jangan malu belajar pada mereka yang rendah dari kamu. Pandanglah ilmunya yang boleh membawa kamu ke arah kebaikan.

Sirru ala barakatillah.

 _Suziela Salleh_

No comments:

Post a Comment

ANAK TIDAK MENURUT KATA. BAGAIMANA?

Pendidikan awal anak adalah tanggungjawab ibu bapa dari rumah. Mendidik bukan menunggu mereka besar. Sewajarnya dari mereka dalam perut lagi...