Selamat pagi kepada yang sedang
membaca entri saya sekarang ini. Awak beruntung hari ini kerana saya akan bagi
tips untuk membuat fotografi long shot. Bila awak nak ambil
pemandangan yang long shot perlu ingat objek dalam gambar akan menjadi kecil
dan kelihatan gambar nampak jauh. Pengambilan gambar lebih luas dan fungsinya menunjukkan objek dengan latar belakangnya sekali. Berikut antara contoh gambar long shot yang kumpulan saya telah tangkap.
Kadang kala kita perlu menoleh ke
belakang untuk melihat usaha yang telah kita lakukan.
Bukan senang untuk senang
bukan susah untuk susah.
Liku-liku hidup inilah yang menguatkan keazaman kita
untuk terus melangkah.
_________________________________________________________________________________
Kegembiraan Daus kerana mendapat
ais-krim kesukaannya dari pemberian Goliff menyebabkan dia menjerit kegembiraan
di tengah-tengah bandar Putrajaya. Kadang kala perkara yang kecil pada orang lain namun bermakna pada diri kita menjadi faktor kepada kesenangan hati.
_________________________________________________________________________________
Jalan dakwah ini sangat panjang.
Tidak ada yang dijanjikan dengan hamparan karpet merah, ditaburi wangian bunga
dan tidak dipagari dengan kehijauan alam.
Namun, sampaikan khabar gembira
dengan janji Allah tetap benar buat mereka yang memperjuangkan agama Allah
hingga Islam tertegak di muka bumi ini.
_________________________________________________________________________________
"Jerebu melanda negeri kita
lagi." Asyraf berkata dengan nada sedih.
Dulu tempat ini tidak
menghampakan untuk mengambil gambar kerana tempat yang cantik.
Tapi kini,
tempat ini dilanda jerebu warna cahaya dalam gambar pun turut berduka dengan
bencana yang melanda.
_________________________________________________________________________________
"Tikah tengok itu....
" Ainul teruja dengan pemandangan dari atas bukit kelihatan kondominium
tempat tinggal mereka.
_________________________________________________________________________________
Betapa kerakusan manusia pada
pembangunan menyebabkan hutan tergadai. Namun, pembangunan yang dibina atas
dasar keperluan peredaran zaman.
No comments:
Post a Comment