Tuesday, December 17, 2019

BBM3410Satu2019: KETIKA DAN KALIMAT






Bila sebut kursus Multimedia dalam Bahasa, tanggapan pertama mesti banyak belajar teori seperti subjek-subjek yang lain.

Rupanya tanggapan itu meleset.

Padanlah pada waktu kelas pertama, Prof dah ingatkan awal-awal, kelas  Multimedia dalam Bahasa kena REDHA.

Memang perlu redha. Redha dengan kerja setiap minggu, perlu outing, shooting dari pagi hingga ke malam untuk selesaikan satu video dengan pelbagai jenis fotografi cara ambil gambar.

Kekangan masa yang tidak sama dengan kawan sekumpulan. Kesibukan dalam dan luar kampus. Alhamdulillah, dapat diatasi dengan rundingan dan tolak ansur dalam kumpulan.

Banyak saya belajar, tidak pernah buat poster, boleh jadi buat poster. Selama ini ambil gambar main hentam saja, boleh tahu bagaimana strategi untuk nampak nilai pada gambar.

Banyak ibrah sepanjang semester ini dikaut. Carilah keberkatan dalam kesibukan. Bukan mencari kelapangan dalam kesempitan takut nanti akan ada hak yang terabai. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia.  Tidak pernah rugi manusia yang memaafkan. Tidak menjatuh martabat manusia yang mengungkap kemaafan.



1 comment:


  1. AJOQQ menyediakan permainan poker,domino, bandarq, bandarpoker, aduq, sakong dan capsa :)
    ayo segera bergabung bersama kami dan menangkan uang setiap harinya :)
    AJOQQ juga menyediakan bonus rollingan sebanyak 0.3% dan bonus referal sebanyak 20% :)

    ReplyDelete

ANAK TIDAK MENURUT KATA. BAGAIMANA?

Pendidikan awal anak adalah tanggungjawab ibu bapa dari rumah. Mendidik bukan menunggu mereka besar. Sewajarnya dari mereka dalam perut lagi...