Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019 : SUATU KETIKA

Assalamualaikum wbt, hari ini saya ingin bercerita sedikit mengenai keluarga saya untuk tatapan kalian semua pada petang ini.

Mama dan baba saya berasal dari kampung yang sama iaitu Kampung Pirasan, Kota Belud, Sabah. Ini memudahkan kami anak-anak rapat dengan kedua-dua belah keluarga mama dan baba. Saya ada 7 orang adik-beradik, 3 perempuan dan 4 lelaki dan saya merupakan anak sulung. 

Gelaran anak sulung yang disandang bukanlah mudah seperti sesenang menyebut perkataan ini. Banyak tanggungjawab yang perlu saya galas. Bermula adik saya yang lelaki anak kelima hingga adik lelaki  bongsu, saya telah diajar untuk mengasuh adik saya. Banyak yang saya belajar, saya dapat pengalaman bagaimana seorang ibu menguruskan anaknya dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara.

Seusia masih muda berumur 10 tahun, saya diajar untuk membasuh pakaian, memasak untuk adik-adik, tidurkan mereka dan membantu membuat kerja rumah akademik mereka. Tanggunjawab ini telah membentuk karakter saya menjadi sedikit tegas namun kasih kepada adik-adik. Saya selalu memberi nasihat dan memberitahu kepada adik-adik saya "Biarlah kita miskin harta, tidak pandai dalam pelajaran tapi jangan pernah membuat sesuatu yang dimurkai oleh Allah".

Sepanjang saya berpeluang menjaga adik-adik, pada umur 14 tahun ketika saya memasuki asrama, saya mula sedar ada satu perkara yang tidak saya terapkan pada adik--adik iaitu ilmu agama.
Pada waktu ini, merupakan fasa-fasa saya ingin berhijrah untuk lebih dekat dengan Allah.

Selepas masuk asrama, masa saya kurang di rumah. Selepas itu, saya memasuki Universiti Putra Malaysia menyebabkan saya semakin jauh dari keluarga. Saya susah untuk menjaga dan mengawal adik-adik saya. Semakin hari semakin adik-adik saya meningkat dewasa. Saya semakin takut mereka dewasa. Sedangkan dahulu sewaktu kecil saya selalu menghitung hari agar mereka semua cepat membesar.

Kini saya sedar, untuk bahagia itu bukanlah dengan kesenangan hidup tetapi dengan dekatnya kita mengenali Allah. Melakukan semua yang diredhai Allah.

Setiap kali balik rumah saya akan peruntukkan masa saya untuk memberi pendedahan agama kepada keluarga. Agar suatu hari di akhirat kelak keluarga ini akan bersama-sama di dalam Syurga yang dijanjikan Allah SWT.

Sekarang saya berada dalam perangkaan untuk membina keluarga yang Islamik sebelum saya mempunyai keluarga kecil sendiri. Impian terbesar saya bukanlah inginkan harta benda dan kesenangan hidup. Tapi cukup dengan hadirnya orang di sekeliling untuk saling mengingati tuntutan Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

ANAK TIDAK MENURUT KATA. BAGAIMANA?

Pendidikan awal anak adalah tanggungjawab ibu bapa dari rumah. Mendidik bukan menunggu mereka besar. Sewajarnya dari mereka dalam perut lagi...