Saturday, October 19, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6




Adik-beradik adalah anugerah dari Ilahi.
Orang baik-baik yang Allah temukan pada kita juga satu kurniaan.

Jalinan kasih kerana Allah akan terzahir sayang untuk saling mengingati dalam kebaikan.

Monday, October 7, 2019

BBM3410Satu2019 : ULASAN BAB 6 DI DALAM KELAS BAHASA


BLOG DI DALAM KELAS BAHASA

Terdapat 5 elemen untuk ulasan secara ringkas pada bab 6 di dalam buku Eh!!! Media Sosial hasil tulisan Noraein Mansor dan Normaliza Abd Rahim. Bab 6 yang bertajuk Blog Di Dalam Kelas Bahasa ini membincangkan mengenai pengenalan, kajian tentang blog, metodologi, keputusan dan perbincangan serta kesimpulan kajian.

Pengenalan memperjelaskan definisi blog yang menjadi satu medium perbicangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim, 2014). Blog boleh dimanfaatkan kepada kegunaan peribadi, perniagaan dan pengiklanan. Blog lebih mesra pelanggan dan senang untuk diuruskan kerana tetapannya boleh diubahsuai mengikut keselesaan pemilik blog. Contohnya, jika penulis blog membuat blog untuk tatapan umum maka, boleh diletakkan komen agar pos boleh dikritik oleh pembaca lain untuk menambahbaikan. Begitu juga sekiranya blog untuk kegunaan peribadi maka hanya orang diingini sahaja untuk dijemput membaca pos.

Kajian dibuat mengenai blog menunjukkan blog ini menjadi medium dialog antara penulis dan pembaca, pembaca dengan pembaca lain dan penulis blog dengan penuis blog lain. Penggunaan Bahasa paling ketara untuk penulisan blog. Tidak semestinya perlu formal kerana tidak formal dan santai lebih menarik minat pembaca untuk terus membaca. Pembawakan yang variasi dalam penulisan membantu untuk meningkatkan kreativiti, keyakinan dan kemahiran menulis. Namun ini mestilah berlandaskan cara penulisan blog yang baik seperti elemen untuk tajuk, jalan cerita, struktur ayat, hujah, komunikasi dengan pembaca, moral dan nilai estetika serta berilmu dengan penulisan yang dibuat. Kajian dalam bab ini dijalankan menggunakan metodologi sampel kajian dengan menemubual yang berpengalaman dengan penulisan blog.

Keputusan kajian menunjukkan blog membantu pelajar Korea untuk mempelajari kesusasteraan, pembelajaran bahasa dan teknologi. Kesusasteraan menyentuh nilai estetika dalam bahasa dan boleh meningkatkan motivasi diri kerana susunan kata yang romantik, lucu dan mempunyai maksud yang tersirat namun disampaikan secara halus. Blog juga dapat memudahkan negara luar untuk mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua dengan penulisan surat, meluahkan perasaan dan teka-teki. Manakala, pembelajaran teknologi dalam blog akan menjadi lebih menarik dengan dipelbagaikan melalui video, audio dan gambar. Para yang melawati blog juga tidak berasa bosan dengan hanya membaca tetapi boleh mendengar audio, menonton video dan melihat gambar.

Wednesday, October 2, 2019

BBM3410Satu2019 : SUATU KETIKA

Assalamualaikum wbt, hari ini saya ingin bercerita sedikit mengenai keluarga saya untuk tatapan kalian semua pada petang ini.

Mama dan baba saya berasal dari kampung yang sama iaitu Kampung Pirasan, Kota Belud, Sabah. Ini memudahkan kami anak-anak rapat dengan kedua-dua belah keluarga mama dan baba. Saya ada 7 orang adik-beradik, 3 perempuan dan 4 lelaki dan saya merupakan anak sulung. 

Gelaran anak sulung yang disandang bukanlah mudah seperti sesenang menyebut perkataan ini. Banyak tanggungjawab yang perlu saya galas. Bermula adik saya yang lelaki anak kelima hingga adik lelaki  bongsu, saya telah diajar untuk mengasuh adik saya. Banyak yang saya belajar, saya dapat pengalaman bagaimana seorang ibu menguruskan anaknya dari sekecil-kecil perkara kepada sebesar-besar perkara.

Seusia masih muda berumur 10 tahun, saya diajar untuk membasuh pakaian, memasak untuk adik-adik, tidurkan mereka dan membantu membuat kerja rumah akademik mereka. Tanggunjawab ini telah membentuk karakter saya menjadi sedikit tegas namun kasih kepada adik-adik. Saya selalu memberi nasihat dan memberitahu kepada adik-adik saya "Biarlah kita miskin harta, tidak pandai dalam pelajaran tapi jangan pernah membuat sesuatu yang dimurkai oleh Allah".

Sepanjang saya berpeluang menjaga adik-adik, pada umur 14 tahun ketika saya memasuki asrama, saya mula sedar ada satu perkara yang tidak saya terapkan pada adik--adik iaitu ilmu agama.
Pada waktu ini, merupakan fasa-fasa saya ingin berhijrah untuk lebih dekat dengan Allah.

Selepas masuk asrama, masa saya kurang di rumah. Selepas itu, saya memasuki Universiti Putra Malaysia menyebabkan saya semakin jauh dari keluarga. Saya susah untuk menjaga dan mengawal adik-adik saya. Semakin hari semakin adik-adik saya meningkat dewasa. Saya semakin takut mereka dewasa. Sedangkan dahulu sewaktu kecil saya selalu menghitung hari agar mereka semua cepat membesar.

Kini saya sedar, untuk bahagia itu bukanlah dengan kesenangan hidup tetapi dengan dekatnya kita mengenali Allah. Melakukan semua yang diredhai Allah.

Setiap kali balik rumah saya akan peruntukkan masa saya untuk memberi pendedahan agama kepada keluarga. Agar suatu hari di akhirat kelak keluarga ini akan bersama-sama di dalam Syurga yang dijanjikan Allah SWT.

Sekarang saya berada dalam perangkaan untuk membina keluarga yang Islamik sebelum saya mempunyai keluarga kecil sendiri. Impian terbesar saya bukanlah inginkan harta benda dan kesenangan hidup. Tapi cukup dengan hadirnya orang di sekeliling untuk saling mengingati tuntutan Allah SWT.

BBM3410Satu2019 : TIP BELAJAR DENGAN MUDAH





Ini merupakan dua tip belajar yang saya praktikkan untuk berjaya dalam akademik.

Pertama sekali membuat jadual iaitu jadual belajar dan jadual aktiviti harian. Membuat senarai aktiviti harian yang perlu dilaksanakan amat penting agar setiap perancangan dapat dibuat dengan lancar. 
Peruntukkan 1 jam dalam sehari untuk satu subjek agar kita tidak mudah lupa dengan pelajaran yang telah diajar. Sebelum tidur, buat semua senarai perkara perlu dilakukan keesokkan hari dan berdisiplin dalam melaksanakan senarai tersebut.
Amalan tarbiah juga tidak dilupakan agar rohani diri dapat diisi.

Kedua, membuat nota menarik dan ringkas. Nota yang berwarna-warni mampu menarik diri kita tidak mudah bosan untuk belajar. Selitkan juga dalam nota kata-kata semangat agar momentum bersemangat belajar dapat dikekalkan.

Selamat maju jaya!

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019 : Bird's Eye View (Belalang Production)

Assalamualaikum wbt. Kita bersua kembali di dalam laman blog saya ini. Terima kasih kerana masih setia menjadi pembaca entri saya. Saya akan kongsikan jenis fotografi yang terakhir yang saya telah pelajari iaitu Bird's Eye View . Pengambilan gambar objek dari atas dengan posisi kamera lebih tinggi dari objek yang diambil sehingga kamera harus menunduk untuk mengambil gambarnya. Sudut pandang ini sangat berguna untuk mempertunjukkan keseluruhan set beserta seluruh objeknya. Seperti contoh di bawah;


Pusat membeli belah yang besar selalu menjadi tumpuan untuk membeli barang keperluan kerana dapat membeli semua barangan hanya dalam satu tempat. Namun begitu, sejak kebelakang ini pusat membeli belah juga menjadi tumpuan untuk membunuh diri dengan terjun dari tempat yang tinggi.

_________________________________________________________________________________




Dunia kampus yang sangat sibuk akan memerlukan kenderaan untuk bergerak ke satu tempat ke tempat yang lain menyebabkan ramai mahasiswa memilih untuk membeli motosikal. Harga yang murah dan mampu milik bagi yang memerlukan.

_________________________________________________________________________________




Ramai manusia mempunyai keinginan untuk menjadi seperti burung. Sebab apa? Sebab ingin terbang bebas tanpa ada komitmen yang memberatkan. Setiap ciptaan Allah itu ada hikmahnya. Manusia itu sebaik-baik makhluk ciptaan Allah. Allah berikan manusia akal untuk berfikir dalam setiap keputusan tidak memalukan maruah diri dan satwa, Allah berikan naluri untuk menyelamatkan dirinya dari bahaya. Mengapa manusia zaman ini melebihi sifat mutlak satwa?


_________________________________________________________________________________


Selamat mencuba untuk menangkap lebih banyak gambar-gambar yang menarik!

BBM3410Satu2019 : Over The Shoulder (Belalang Production)

Salam buat semua pembaca entri saya. Agak-agak kali ini apa yang ini saya kongsikan mengenai jenis fotografi? Hah. Semua mesti sudah tidak sabar menunggu. Baiklah, hari ini kita akan belajar mengenai mengambil gambar melalui fotografi Over The Shoulder. Gambar diambil dengan kedudukan kamera berada di belakang bahu salah satu pelaku, dan bahu si pelaku kelihatan dalam bingkai. Objek utama menghadap kamera dengan latar depan bahu bertentangan atau berhadapan. Berikut contoh fotografi jenis Over The Shoulder.



Melihat kemesraan orang lain dan ada rasa tidak senang pada hatimu. Pimpinlah hati dengan zikrullah kerana syaitan sedang membisikkan agar kamu saling berburuk sangka.


_________________________________________________________________________________




Lakonan dunia hanyalah sandiwara semata. Indah pada mata manusia, jijik disisi RabbMu. Merenung pada diri, muhasabah yang mana lagikah belum tertunai pada zahirnya akhlakmu?


_________________________________________________________________________________




Mini Love yang dibentuk atas dasar persahabatan kerana Allah. 
Sayangnya pada sahabat kerana Allah. Itulah sebenar-benar teman yang sejati. 

BBM3410Satu2019 : Mug Shot (Belalang Production)


Assalamualaikum semua, hari ini saya akan kongsikan kepada semua contoh-contoh Mug Shot gambar manusia. Mug Shot ini secara definisinya gambar yang diambil secara dekat pada wajah dan memperlihatkan mimik muka serta emosinya ketika itu. Mari kita lihat contoh berikut;


 

1. Mug Shot (Sedih)



Qiu dikenali seorang yang periang. Namun, disebabkan kucingnya telah melarikan diri dan tidak pulang-pulang ke rumah menyebabkan dia berasa begitu sedih. Akhirnya sikap riangnya menyebabkan dia menyelimuti wajah dengan kesedihan.  


_________________________________________________________________________________



 

2. Mug Shot (Marah)



Apabila perasaan marah menguasai diri, memang secara automatik ekspresi muka akan menjadi tegang dan mata membulat besar dengan renungan mata menikam menyebabkan sesiapa sahaja melihat mimik muka Iqbal orang akan berasa gerun.



 _________________________________________________________________________________



 


3. Mug Shot (Kecewa)

Setiap manusia pasti mempunyai pengalaman sikap kecewa dalam hidup. Firdaus kecewa dengan Goliff kerana tidak membeli ais-krim kegemarannya. Lalu dia menunjukkan muka kecewanya kepada Goliff. Renungan tajam Firdaus menunjukkan betapa kecewanya hatinya dengan sikap endah tak endah temannya itu.

BBM3410Satu2019 : Medium Shot (Belalang Production)


Hai semua... 
Hari ini semua sihat? Alhamdulillah semuanya sihat belaka. Hari saya akan berikan contoh fotografi jenis Medium Shot. Gambar Medium Shot tidaklah kelihatan terlalu jauh dan tidak terlalu dekat. Objek akan terlihat nampak jarak yang sederhana. Gambar yang diambil hanya menampilkan bahagian separas dada sampai atas kepala. Fungsinya untuk berfokus kepada profil seseorang sehingga penonton nampak jelas. Enam jenis Medium Shot Belalang Production telah ambil di beberapa tempat di Putrajaya.



Jejaka di dalam gambar ini rakan sekelas saya. Kami juga satu negeri tapi berlainan daerah. Dia berasal dari Kudat, Sabah. Nampak putih kan? Sebab dia suku kaum Dusun yang dulu dikenali awalnya suku ini terdiri dari orang bukan Islam. Majoriti suku kaum Dusun berkulit putih. Artis Sabah seperti Stacy dan Marsha juga bersuku kaum Dusun.


____________________________________________________________



Persahabatan itu tidak perlu kekayaan sebagai ukuran. Tidak juga diukur dengan besarnya badan. Tidak terukur pada cerdiknya akal fikiran. Namun, persahabatan ternilai pada hati yang murni.

_________________________________________________________



Jika seorang budak, dia akan kata hijau itu adalah hijau. Jika orang dewasa, dia akan kata itu hijau muda, itu hijau lumut dan itu hijau gelap. Begitulah hidup, semakin kita memahami dunia ini semakin kompleks cabarannya.


__________________________________________________________________



Awan biru yang memayungi Rina sudah cukup membuatkan dia tenggelam dalam keasyikkan dunianya sendiri. Sikap positif dan sentiasa tersenyum menyebabkan orang senang berdamping dengan dirinya. Dua perkara ini sudah cukup baginya membenteng dirinya dari tekanan masalah.

__________________________________________________________________



Nenekku berpesan, berkawanlah beribu tapi berdampinglah dengan orang-orang yang boleh membawamu ke Syurga. 

____________________________________________________________________




Jika aku diberi dua pilihan. 
Antara alam menenangkan atau harta yang mengembirakan. Aku lebih memilih alam ciptaan-Mu wahai Tuhanku.

BBM3410Satu2019 : Long Shot (Belalang Production)


Selamat pagi kepada yang sedang membaca entri saya sekarang ini. Awak beruntung hari ini kerana saya akan bagi tips untuk membuat fotografi long shot. Bila awak nak ambil pemandangan yang long shot perlu ingat objek dalam gambar akan menjadi kecil dan kelihatan gambar nampak jauh. Pengambilan gambar lebih luas dan fungsinya menunjukkan objek dengan latar belakangnya sekali. Berikut antara contoh gambar long shot yang kumpulan saya telah tangkap.



Kadang kala kita perlu menoleh ke belakang untuk melihat usaha yang telah kita lakukan. 
Bukan senang untuk senang bukan susah untuk susah.
 Liku-liku hidup inilah yang menguatkan keazaman kita untuk terus melangkah.

_________________________________________________________________________________



Kegembiraan Daus kerana mendapat ais-krim kesukaannya dari pemberian Goliff menyebabkan dia menjerit kegembiraan di tengah-tengah bandar Putrajaya. Kadang kala perkara yang kecil pada orang lain namun bermakna pada diri kita menjadi faktor kepada kesenangan hati.

_________________________________________________________________________________



Jalan dakwah ini sangat panjang. 
Tidak ada yang dijanjikan dengan hamparan karpet merah, ditaburi wangian bunga dan tidak dipagari dengan kehijauan alam. 
Namun, sampaikan khabar gembira dengan janji Allah tetap benar buat mereka yang memperjuangkan agama Allah hingga Islam tertegak di muka bumi ini. 

_________________________________________________________________________________



"Jerebu melanda negeri kita lagi." Asyraf berkata dengan nada sedih. 
Dulu tempat ini tidak menghampakan untuk mengambil gambar kerana tempat yang cantik. 
Tapi kini, tempat ini dilanda jerebu warna cahaya dalam gambar pun turut berduka dengan bencana yang melanda.

_________________________________________________________________________________



 "Tikah tengok itu.... " Ainul teruja dengan pemandangan dari atas bukit kelihatan kondominium tempat tinggal mereka.

_________________________________________________________________________________



Betapa kerakusan manusia pada pembangunan menyebabkan hutan tergadai. Namun, pembangunan yang dibina atas dasar keperluan peredaran zaman.



BBM3410Satu2019 : Close-Up (Belalang Production)

Assalamualaikum, pagi ceria ini saya ingin berkongsi mengenai fotografi jenis Close-Up. Gambar akan diambil secara dekat dan jelas sama ada muka manusia ataupun bukan manusia. Mari kita tengok contoh-contoh gambar yang close-up. Gambar diambil dari bahu sampai atas kepala atau ukuran gambar sebatas hanya dari hujung kepala hingga leher. Fungsi jenis fotografi ini untuk memberi gambaran jelas terhadap objek. Ekspresi muka juga akan kelihatan jelas terpancar untuk difahami oleh umum.




Aten selalu bercakap di hadapan cermin untuk membina keyakinannya berucap di hadapan khalayak ramai. Dia yakin setiap yang dibuatnya pasti membuahkan hasil atas usaha kerasnya selama ini. Dia berasa puas dengan pencapaiannya yang tiada siapa lagi dapat menyainginya.

________________________________________________________________________
  


"Memandang awak menyebabkan saya tak jemu untuk terus membuka mata saya melihat ciptaan Allah di depan mata saya ini." Tikah teruja melihat Belalang di dahan pokok itu.

________________________________________________________________________



 "Awakkkkk....." Lengok suara yang manja Kimah memanggil buah hatinya.

"Eh, awak ni, mesti lupakan hari ini hari jadi saya". Kimah pura-pura membuat nada merajuk walhal dia tahu mesti buah hatinya tidak lupa tarikh istimewanya itu. 

 ________________________________________________________________________



Wanita sinonim suka berhias dengan aksesori diri. Tapi wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan. 

_________________________________________________________________________________





Makanan boleh membuat orang gembira. Makanan boleh membuat orang bermusuh. Makanan boleh membuat orang bermalasan. Makanan juga boleh buat orang mati. Ini kerana makanan adalah keperluan asas untuk hidup. Semua orang memerlukannya.


_________________________________________________________________________________




"Jika hari-hari kita terasa mendung, siramilah dengan keharuman bunga dan keceriaan warnanya. Agar hari-hari kita menjadi indah." 
Suzie membisikkan kata itu pada dirinya semasa berjalan-jalan di taman bunga.                     

_________________________________________________________________________________

Selamat mempraktikkan mengambil gambar secara Close-Up!


ANAK TIDAK MENURUT KATA. BAGAIMANA?

Pendidikan awal anak adalah tanggungjawab ibu bapa dari rumah. Mendidik bukan menunggu mereka besar. Sewajarnya dari mereka dalam perut lagi...