Monday, September 23, 2019

BBM3410Satu2019 : Masih Di Sini

Assalamualaikum semua. Hari ini saya ingin kongsikan kepada semua dua pengalaman menarik dan tidak mungkin dapat saya lupakan dalam hidup ini. 

Pengalaman pertama ialah mengikuti  kem yang berunsur islamik buat kali pertama iaitu Kem Remaja Islam Kota Belud (KRIS KB) anjuran Persatuan Siswazah Sabah dengan kerjasama Kelab Remaja Ukhuwah. Sepanjang mengikuti kem ini banyak perkara yang saya belajar dan selepas kem ini juga telah mengubah hidup saya 360 darjah. 

Saya masih ingat bagaimana keadaan saya yang lari sewaktu sesi pendaftaran tetapi berjaya dipujuk oleh adik saya untuk teruskan rancangan ikut kem ini sehingga kepenghujung. Makan di dalam talam dan memberi 3 suapan pertama kepada sahabat membuat saya berasa sangat dekat dengan mereka walaupun baru kenal beberapa jam. Akhlak yang ditonjolkan oleh AJK program yang sangat menjaga tarbiah membuat saya berasa malu pada diri yang selama ini dalam kelalaian. Alhamdulillah, selepas program banyak perubahan berlaku dalam diri saya kepada yang menjadi lebih baik dan dekat Allah SWT. Kini, saya juga menjadi salah satu penggerak kepada Persatuan Siswazah Sabah ini untuk menggerakkan program-program dakwah di Kota Belud. 

Pengalaman kedua pula, ketika saya dan sepupu-sepupu sebelah ayah pergi menyelam di Pulau Mantanani salah satu pulau di Kota Belud. Pemandangan ciptaan Allah yang sangat indah ini membuatkan saya bermuhasabah dengan kebesaran Allah SWT. Kebiruan ketenangan air lautan dengan hempasan ombak yang memukaukan mata ini. Hidupan-hidupan di dalam dasar lautan, berenang-berenang bebas dengan irama gerakannya membuat hati ini terpegun. SubhanaAllah, Maha Suci Allah.

No comments:

Post a Comment

ANAK TIDAK MENURUT KATA. BAGAIMANA?

Pendidikan awal anak adalah tanggungjawab ibu bapa dari rumah. Mendidik bukan menunggu mereka besar. Sewajarnya dari mereka dalam perut lagi...