Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019 : Nenek dan Datuk


Sinopsis cerita "Nenek dan Datuk" mengisahkan budak bernama Alim yang pulang ke kampung bersama keluarganya sebelah ibu di Kajang. Sejurus sampai di kampung Alim terus mencari ayam dan itik. Tetapi dia tidak menjumpai ayam dan itik. Dia berasa sangat sedih. Tetapi kesedihannya tidak bertahan lama, rupanya ayam dan itik berada di reban yang baru. Ketika masuk ke dalam rumah sekali lagi Alim sedih, sangkaannya rumah juga sudah tiada rupanya kedudukan dalam rumah telah diubahsuai. Akhirnya Alim bergembira bersama kakak dan abangnya sambil menonton televisyen.

Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi. Teori dan Aplikasi. Hlm 22-23. Kuala Nerus. Universiti Malaysia Terengganu (UMT).





Jenis- jenis multimedia yang boleh digunakan untuk penyebaran cerita sosial ini ialah;


1. Multimedia Linear
Multimedia jenis ini merupakan komunikasi satu hala dan tidak memerlukan respon secara langsung daripada yang lain. Maksudnya, audiens hanya mendapatkan maklumat sahaja. Sebagai contoh televisyen, radio, filem dan muzik.  

2. Media Interaktif
Multimedia ini berbeza daripada linear kerana menyediakan medan untuk memberi respon. Contohnya seperti permainan, internet dan pemutar video.

Sekian terima kasih. Selamat membaca semua!

No comments:

Post a Comment

ANAK TIDAK MENURUT KATA. BAGAIMANA?

Pendidikan awal anak adalah tanggungjawab ibu bapa dari rumah. Mendidik bukan menunggu mereka besar. Sewajarnya dari mereka dalam perut lagi...