Abad ini, media sosial tidak sudah menjadi janggal kepada manusia malahan menjadi keperluan aktiviti seharian. Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim telah membuat inisiatif dengan menerbitkan sebuah buku sebagai panduan untuk pengguna media sosial.
Buku twitter ini turut dengan menunjukkan langkah-langkah membuka akaun twitter dan cara menggunakannya. Arena twitter ramainya adalah remaja dan anak muda kerana medium penulisannya yang ringkas menarik perhatian mereka untuk mengambil tahu dan mengikuti perkembangan semasa dengan cepat tanpa perlu membaca berjela-jela.
Facebook pula ramai penggunanya adalah golongan berpendidikan namun ada juga pengguna minoriti remaja tetapi tidak ramai. Hal ini demikian kerana facebook boleh digunakan sebagai medium pembelajaran secara tidak formal dan boleh membuat penulisan dengan panjang lebar tambah gambar mahupun video pada penulisan tersebut.
Instagram juga semakin popular dalam semua peringkat umur kerana banyak kelebihan dan kemudahan edit gambar dan video dengan cepat disediakan. Emel dan blog turut diulas dalam buku ini kerana emel menjadi keperluan untuk urusan rasmi seperti pemakluman secara cepat tanpa mengeluarkan surat. Blog memudahkan seseorang berkongsi sesuatu tanpa ada limitasi dan boleh dicapai oleh semua pengguna google.
Namun, dalam media sosial turut ada isu yang akan timbul dalam kalangan pengguna seperti penggunaan bahasa dan kelemahan-kelemahan limitasi penulisan mengikut jenis media sosial tersebut. Kesan pedadogi kepada penggunanya ialah boleh membantu sistem pembelajaran dan pengajaran.
Buku ini memberi kesan kepada pembaca untuk mempertingkatkan ilmu menggunakan media sosial dengan efektif serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran bahasa menggunakan teknologi.
Rujukan: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2017). Eh!!! Media Sosial. Terengganu: Penerbit UMT.
Nama buku: Eh!!! Media Sosial
Penulis: Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim
Harga buku: RM60
No comments:
Post a Comment