Pendidikan awal anak adalah tanggungjawab ibu bapa dari rumah. Mendidik bukan menunggu mereka besar. Sewajarnya dari mereka dalam perut lagi. Bagaimana amalan tuntutan agama ibu bapa ketika anak masih dalam rahim.
Bagaimana disiplin ibu bapa mencorakkan anaknya begitulah sifatnya.
Disiplin bukan hanya kita inginkan terbentuk pada anak. Diri ibu bapa perlu juga dahulu mendisiplinkan diri.
Usah lagi berada di belakang. Dengan berkata "aku ini ibu bapa tiada ilmu agama. Cukup saja kamu berilmu agama"
Tidak!
Begitu juga, meletakkan tanggungjawab mendidik pada orang lain. Contoh?
Guru, saudara lain, keluarga lain, kakak, abang. Ya mungkin ada yang dengar. Tapi pada masa yang sama akan terjadi juga dia tidak ingin menurut kata orang tersebut dan menjadi BOSAN serta MEMBERONTAK.
Kemudian, mulalah ibu bapa akan mempersalahkan orang sekelilingnya. Siapa dipersalahkan? Guru yang tidak pandai mengajar. Abang, kakak terlalu mengekang itu ini tidak boleh, mulut ahli keluarga yang bertutur tidak menentu menjadi doa. Golongan-golongan itu akan dipersalahkan.
Seharusnya sebelum menunding jari kita muhasabah dahulu pada diri.
Menyuruh sesuatu kebaikan kepada anak tapi pada masa yang sama kita tidak membuat apa yang mulut tuturkan.
Dengan cara tersebut membentuk keluarga yang sempurna tidak akan berlaku. Tidak berlaku jika hanya satu pihak bergerak. Tidak akan. TAPI jika masing-masing memainkan peranan pasti akan menuju ke arah keluarga yang mukmin.
Bukan mudah. Tapi bukan susah. Sekiranya masing-masing turut sama bersedia ke arah perubahan. Tidak mustahil akan membentuk keluarga mukmin.
Jangan mengeluh jika apa yang kita katakan tidak diimpi seperti yang diinginkan. Kerana itu lumrah kehidupan. Apa boleh anda buat? Cari ilmu agama. Terus baiki diri. Jangan malu belajar pada mereka yang rendah dari kamu. Pandanglah ilmunya yang boleh membawa kamu ke arah kebaikan.
Sirru ala barakatillah.
_Suziela Salleh_
Suziela Salleh
Sunday, April 12, 2020
Tuesday, December 17, 2019
BBM3410Satu2019: KETIKA DAN KALIMAT
Bila sebut kursus Multimedia dalam Bahasa, tanggapan pertama mesti banyak belajar teori seperti subjek-subjek yang lain.
Rupanya tanggapan itu meleset.
Padanlah pada waktu kelas pertama, Prof dah ingatkan awal-awal, kelas Multimedia dalam Bahasa kena REDHA.
Memang perlu redha. Redha dengan kerja setiap minggu, perlu outing, shooting dari pagi hingga ke malam untuk selesaikan satu video dengan pelbagai jenis fotografi cara ambil gambar.
Kekangan masa yang tidak sama dengan kawan sekumpulan. Kesibukan dalam dan luar kampus. Alhamdulillah, dapat diatasi dengan rundingan dan tolak ansur dalam kumpulan.
Banyak saya belajar, tidak pernah buat poster, boleh jadi buat poster. Selama ini ambil gambar main hentam saja, boleh tahu bagaimana strategi untuk nampak nilai pada gambar.
Banyak ibrah sepanjang semester ini dikaut. Carilah keberkatan dalam kesibukan. Bukan mencari kelapangan dalam kesempitan takut nanti akan ada hak yang terabai. Jaga hubungan dengan Allah, jaga hubungan dengan manusia. Tidak pernah rugi manusia yang memaafkan. Tidak menjatuh martabat manusia yang mengungkap kemaafan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
ANAK TIDAK MENURUT KATA. BAGAIMANA?
Pendidikan awal anak adalah tanggungjawab ibu bapa dari rumah. Mendidik bukan menunggu mereka besar. Sewajarnya dari mereka dalam perut lagi...
-
Inilah kalendar yang saya telah buat dengan menggunakan photoshop ...
-
Assalamualaikum WBT, Saya Suziela binti Mohd Salleh, diri ini dikenali dengan nama Suzie oleh orang sekeliling. Saya merupakan an...
-
Assalamualaikum, pagi ceria ini saya ingin berkongsi mengenai fotografi jenis Close-Up . Gambar akan diambil secara dekat dan jelas sama a...